Umur padi Padi

Umur padi dikira dari mula ditabur hingga mengerat, umumnya terbahagi kepada dua peringkat. Dua peringkat itulah peringkat umur padi yang menjadi pokok perbicaraan apabila soal itu diperbincangkan. Padi yang berumur kira-kira. tujuh bulan ke atas dipanggil 'padi berat' dan padi yang berumur antara empat hingga enam bulan pula dipanggil 'padi ringan'.

Yang lebih mustahak diketahui lagi ialah bagaimana pengiraan orang-orang bendang tentang cukup atau tidak cukup umur padi yang ditanamnya itu dan peringkat-peringkat membesarnya. Mengikut pengiraan orang tua-tua, padi menempuh lima peringkat umur.

Peringkat pertama ialah dari mula menabur hingga menjadi semai yang cukup umur. Peringkat yang kedua dari cukup umur hingga pokok padi yang ditaman itu beranak Peringkat yang ketiga pula ialah dari beranak hingga bunting. Yang keempat dari bunting hingga mula berbuah. Peringkat yang terakhirnya ialah dari mula berbuah hingga padi itu masak Tiap-tiap satu peringkat itu mengikut perkiraan kasar memakan masa selama 44 hari.[4]

Menjemur padiUmur padi 25 hari

Jadual umur menggunakan teknik tabur terus Varieti MR219 dan peringkat pertumbuhan

Bilangan hari selepas tabur biji benihPeringkat pertumbuhan
16 hariMula beranak
35 hariBeranak aktif
50 hariPembentukan tangkai
70 hariPengisian susu
110 hariPenuaian